j0m eratkan silaturrahim :)

Wednesday, January 30, 2013

Ke hadapan mak & bapak ;')

Assalammualaikum

Selamat pagi 
Jam menunjukkan 6.26 pagi 
Selamat menunaikan solat subuh kawan2 

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah masih lagi bernafas pada pagi Rabu bersamaan 18 RabiulAwal 1434H.
Bersyukur pada Allah Yang Maha Esa.

******************************************************************

Dah lama rasanya tak update blog.
Banyak cerita sebenarnya untuk dikongsi ,
 tapi bila fikir balik
kadang-kadang tak semua perkara boleh dikongsi , kan ?

Pagi ini mata terbuka tepat jam 4.30 pagi
Pelik, lazimnya cuti-cuti ni aku liat sikit bangun
Bangun-bangun terus tengok gi dapur
Eh mak dah bangun?
Kata aku dalam hati

Setengah jam kemudian, iaitu pukul 5 pagi
bapak pula bangun 

mak bapak bangun awal demi sesuap rezeki
setiap hari mak bapak akan keluar bekerja seawal pagi
mak akan keluar rumah pukul 6.30pagi
dan bapak tepat jam 5.55pagi dah keluar
bapak mmg seorang yg tepat masanya ;')
*walaupun aku menyuruhnya untuk pergi lambat 

Sabtu ini iatu 2hb Februari 2013
aku akan pulang semula ke UUM utk MPP 
eh ayat mcm skema --'

tapi bukan tu yg ingin aku tegaskan

entah kenapa kali ini berat hati nak tinggalkan mereka
bukan macam sebelum ini
Ya Allah , apakah maksud kerisuan ni? :(

Risau..
Risau tinggalkan mereka
Risau tak sempat balas budi mereka
Risau kalau apa-apa yang terjadi

Dalam dunia ni
tak da orag lain lagi yang sanggup susah untuk kesenangan kita selain..
IBU BAPA kita sendiri

bukan nak cerita kesusahan keluarga
tapi apa yg mengharukan hati ni
bila mak bapak sanggup belikan aku laptop baru dalam keadaan tgh tak de duit ni
mak siap nak belikan aku cadar baru untuk dibawa ke pulang UUM
tapi mak, cukup.
Maya tahu mak dah tak de duit

mereka tak pernah kecewakan aku

Mereka akan cakap
"Mak ada duit , Ya.. Bapak ada duit, Ya"
*Ya adlh panggilan nama aku

Mak tipu.. Bapak tipu ;(

Jika ketika di semester 1 dahulu azam aku adalah untuk mendapatkan 1st class result dan mendapatkan biasiswa dari KPM ,

tu sebenarnya faktor kuat dari mak bapak
Aku nekad tak nak bayar PTPTN sebelum aku masuk UUM lagi
Alhamdulillah, di semester 2, aku berjaya mendapat biasiswa.

Dan azam aku untuk semester 4 kali ni,

aku akan pastikan result aku 1st class setiap semester

Kawan-kawan,

hanya melalui pendidikan kita dapat tolong keluarga kita
Bagi mereka yang dilahirkan dalam golongan berada, Alhamdulillah :)
Bagi mereka yang kurang berada dan sering dipandang rendah oleh masyarakat,
hey jangan sedih.
Sekurang-kurannya kita diajar untuk susah .
Kita dididik bukan senang untuk mendapatkan apa yang kita nak.
Kita dididik setiap kejayaan pasti ada usaha.



Jadi anak jangan sampai tak kenang budi mak bapak

Jangan bila kita tua nanti kita hantar mak bapak kita ke rumah orang-orang tua
Tak perlu malu kalau mak bapak kita tak kaya
Malulah dengan diri sendiri sebab kita tak mengubah keadaan tu

Wasalam :)


p/s : cuba kawan-kawan renung kembali apa yang kita pernah lakukan untuk kedua orang kita? ;(

No comments: