j0m eratkan silaturrahim :)

Friday, March 11, 2011

Surat Rasmi Untuk Future Husband ;p

Assalammualaikum ..
Slamat Hari Jumaat okk!!

haha !
pagi td masa bl0g walking..
ak TERgelak guling2 kat 1 entry ni..
so, ape lagi..
ak nk COPY PASTE entry t'sebut..
tp. ak EDIT..
HAHAHA!

tQ Shereena ~
hihi..


**********************************************************
Surat Rasmi Untuk Future Husband

Bakal Isteri Anda,
Banglo Bakal Suami,
Jalan-Jalan Cari Masalah,
99999999,
Suatu Tempat Belum Diterokai.

______________________________________________

Bakal Suamiku,
Rumah Banglo Yang Anda Beli,
Jalan-Jalan Tak De Keje,
01234566,
Ada ke alamat ni.                                                 11 Mac 2011

Tuan,

PERINGATAN DAN ADUAN TERHADAP ANDA

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bakal isteri anda ingin memberi peringatan, atau dengan lebih dahsyat lagi WARNING  sekaligus membuat aduan terhadap diri dan tanggungjawab tuan sebagai bakal suami yang seterusnya akan menjadi ketua keluarga dalam rumah tangga kita kelak. Oleh yang demikian, saya telah senaraikan bebarapa perkara demi kebaikan kita bersama.

1) Pendidikan agama amat mustahak sekali. Maka, tidak salah sekiranya saya meminta anda untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang soal agama. Jangan memandang enteng akan perkara ini kerana tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga adalah untuk mendidik saya dan anak-anak.

2) Seterusnya, mengenai wang. Saya pasti anda juga mengetahui akan betapa pentingnya wang dalam kehidupan. Oleh itu, saya meminta anda supaya kumpul lah duit yang banyak. Sekiranya perlu, anda buatlah kerja lebih masa atau kerja sambilan. Bahkan, anda juga boleh menabung. Tapi, jangan lupa untuk membeli tabung di kedai-kedai yang berhampiran. Saya juga ingin berpesan bahawa saya tidak suka Along. Jadi, anda jangan berani-berani untuk menjalinkan hubungan mesra dengan Along ya. Jika tidak, saya yang akan menjadi Along.

3) Selain itu, saya meminta supaya selepas kita kahwin nanti, tolong belikan saya laptop yang baru. Saya tidak meminta lebih, anda belikan jenama "apple" yang berharga RM3000++ pun sudah memadai. Menyentuh soal "facebook" dan "blog", sudah pastinya tanpa internet, maka tidak adalah kedua-duanya. Oleh itu, faham-faham lah. Pasanglah internet sekali.

4) Kejujuran itu penting. Maka, tolong beritahu saya sekiranya anda sudah mula bermain kayu tiga atau empat atau lima atau mungkin sebelas. Ini bertujuan supaya saya dapat melakukan tindakan selanjutnya.

5) Bukan itu sahaja, saya juga ingin menyentuh tentang kasih sayang. Saya bukanlah seorang gadis materialistik yang inginkan hata benda. Itu cuma luahan hati saya sahaja kerana tidak dapat dinafikan , kasih sayang daripada suami merupakan elemen yang terpenting dalam sesebuah rumag tangga. Oleh itu, saya mengharapkan kebahagiaan kita bersama sampai ke akhir hayat.


Disini ingin saya nyatakan juga bahawa saya bukanlah seorang yang sempurna dari segi rupa paras dan perlakuan. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Tahap pengetahuan agama saya dan hal-hal berkaitan dengan masak memasak juga tidak seberapa bagus. Oleh itu,saya berharap anda dapat menerima saya seadanya seperti saya menerima anda apa adanya walaupun anda tidak sekacak Kwon San Woo atau Hyu Bin atau Won Bin mahupun Rain.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan untuk surat ini. Diharapakn pihak tuan dapat memahami maksud dan tujuan surat ini sekaligus melakukan perkara yang anda patut lakukan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai. Sekiranya saya ada masa, saya akan belanja tuan minum ABC atau CHOKI-CHOKI.

SEKIAN,TERIMA KASIH 
 
bakal Queen Control anda

MAYA
(NAMA SEBENAR DIRAHSIAKAN)
setiausaha,
persatuan bakal-bakal isteri kepada bakal-bakal suami 
sedunia.



*p/s ; pergh!! penatnye! langsung tak ketawa dari td. so, ak nk gelak skang ni.
HAHAHAHAHAHA!
x de kaitan antara yg hidup dgn mati ok.. :)

LIKE la !! hihi~

25 comments:

shereena said...

hahaha....choki2 ek.bg sugus suda..hahahaha..

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

hahaha!! ;p
sugus lagi mahal dr choki2...

topimagine said...

sape la future husband awk yang malang tu yerk.. hahaha

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

haha ~ knpe malang ? bertuahhhh okkk... ;p

FurBall said...

aku like!!ad entry baru sudah..tergelak2 aku baca..tak materialistik konon..tp awal2 dah mintak laptop,cakap pasal wang..huh..cakap tak supe bikin..ngeh3!!!

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

FURBALL !! hahaha! aikk?
cam perli kte je.. mentang2 la ari tu kte x de entry.. kan.. ;p
weekkkkkk.. hahaha~
ah senyapp... lalalalala~
mane de materialistik! kikiki

Ratnawati @ Ratna Nurmieyana said...

hahaha !
kelakar la ko Maya ~
nk terguling2 aku baca...
wakakaka

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

haha~
cam la ko tak kenal ak..
ak mmg kelakarrrrrr.. hihi...

Nurrul Huda @ Huda Nurmieyana :) said...

adoiii..
mcm2 la ko maya ~

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

ape ? ape kakkkkkkkkkkkkkk?
ape yg adoii nye

Nur Amiratul Jannah @ Amie Nurmieyana said...

ratna & huda, mcm la korang x kenal maya ni...
hihi

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

hahahahahaha!!
betol2.. mcm la x kenal ak..

atkhzOkri said...

anda ditag

http://atikahzokri.blogspot.com/2011/03/contest-blog-simple-tapi-kemas.html

FurBall said...

keh#..mampu tergiggle d sini!!~_~

YaYaNsMuM said...

Haha!So funny...Good Luck ya!^_^

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

atkhzokri : yup! tq !

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

Furball : ape tergigle ? bahasa apakah? haha

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

Yaya : hihi~ goodluck utk calon suami yeah.. ;p

Peri PiA said...
This comment has been removed by the author.
Peri PiA said...

hiihi,nsb baik mase akak kawen blm dpt surat ni ;P


thanks ye sudi follow blog shaye

www.menjelma.com said...

wah,,ikut koemnt jugelah,,ditunggu balsan koemntarnye ye,.,,slaam kenal dan salam blogger..

Cikgu Fikri said...

haahahahahahahahahahahahaah...
cemerlang.... :)

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

peri pia :
hihi ~
no biggie akak.. ;)

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

menjelma :
ape yg kamu comment ni ?
haha

Siti Nurmaya @ Mya Nurmieyana :) said...

cikgu fik :
jgn la perli okkk.. ;p