j0m eratkan silaturrahim :)

Saturday, September 27, 2014

Ehem ehem :)

Assalammualaikum ..



Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu, 
cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu.. 
Jika kau berada di jalan yang diredhaiNya,
 Insyaallah.. 
Si dia turut berada di jalan yang sama dengan izinNya".

Telah tertulis satu nama di Luh Mahfuz, 
"siapa, bagaimana, dan dimana".
 Orangnya masih terhijab di sebalik istikharah :)


Andai sekarang kamu sedang memperbaiki diri, 
Insyaallah jodohmu juga sedang memperbaiki diri 
dan
 kalau kamu sekarang sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati "



Haii Awak yang Bakal Menjadi Imam Saya! :D


Saya hanya gadis biasa yang tak cantik, tak pandai dan tak mewah seperti gadis-gadis lain tapi saya bersyukur apa yang Allah berikan kepada saya.. Iman saya tidaklah seteguh iman gadis lain tapi Alhamdulillah, saya masih cuba pertahankan diri saya dari godaan syaitan laknat. Saya akan cuba setia dengan awak selagi awak setia bersama saya dan membimbing saya sampai Jannah.. Amin :) Saya tak minta banyak dari awak, cukuplah jika awak mampu membimbing saya dan setia dengan saya sampai akhirat.. Sayang saya tak kan sedikit pun kurang terhadap awak selagi awak milik saya dan jodoh milik kita berdua.. Insyaallah, Amin :)

Tuesday, March 11, 2014

Penipu

Penipu .

Aku menulis. Aku menaip.
Berkongsi apa yang bermain di minda.
Ternyata sel-sel neuron aku bersambung.

Penipu.
Kau ada di mana sahaja.
Di kiri kanan atas bawah depan belakang.

Kau muncul dalam apa jua bentuk.
Kawan. Lawan. 
Bestie. Bff. Gf. Bf. 
dan pelbagai lagi.

Siapa kau penipu?
Apa yag kau mahukan?

Senyuman.
Bermula dengan senyuman kau mulakan segalanya.

dan pandai pula
kau akhiri dengan tangisan.

Hebat permainan mu.

Aku bukan siapa-siapa.
Untuk memberi hukuman. 
Untuk menilai kamu.

Aku ada Allah.




Sunday, November 24, 2013

Puisi Tentang Hidup Bersama

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.


Kitawajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan tofan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tonggak dan menara kebahagian.


Kita datang bersama anak-anak yang sedia
menyanyi – sihat, teguh, bertekad dan berani.
Mengelilingi tasik, mendaki gunung, kita
mengajar mereka berjiwa besar dan berbakti.
Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
jika kita sentiasa mensyukuri anugerah Allah;
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.


Tanah air memberi banyak, mesra mendakap kita;
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti.
Dan kita sudah sampai di lereng indah, pasti
tetap mendaki juga, menyanggah musuh, menambah
kawan tanpa jenuh, khuatir, juga tanpa rawan.
Dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu,
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa -
bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia.


Anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu;
dan kita, dalam sejarah, bakal syahdu dan bangga,
kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra,
wajah diri dan inti peribadi kita tunjang bagi
kehidupan dan kemerdekaan bangsa yang sentiasa
sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.

Friday, October 18, 2013

HEART OF A TEACHER

Assalammualaikum

Truthly, From me, just me, to a TEACHER or perhaps to a FUTURE TEACHER wannabe :')

*********************************************************************************

Heart of a Teacher?


The child arrives like a mystery box
with puzzle pieces inside
some of the pieces are broken or missing
and others just seem to hide


But the HEART of a teacher can sort them out
and help the child to see
the potential for greatness he has within
a picture of what he can be


Her / his goal isn't just to teach knowledge
by filling the box with more parts
it's putting the pieces together
to create a work of art


The process is painfully slow at times
Some need more help than others
Each child is a work in progress
With assorted shape and colours


First, she/ he creates a classroom
where the child can feel safe in school
where he never feels threatened or afraid to try
and kindness is always the rule



She / he knows that a child
can achieve much more
when he/ she feels secure inside


when.. he's valued and loved
and believes in himself

and he has a sense of pride


she / he models and teachers good character
and respect for one another
how to focus on strengths .. not weaknesses
and how to encourage each other


she / he gives the child the freedom their needs
to make choice on their own
so they will learn to become more responsible
and able to stand alone


He's / She's taught to be strong and think for himself
as his soul and spirit heal
and the puzzle that's taking  shape inside
has a much more positive feel


A teacher with a HEART for her/his children
knows that what teaching is all about
she/ he may not have all the answers
but on this.. she/he has no doubt


When asked which subjects she/he loved to teach,
she/ he answered this way and smiled..
"ITS NOT THE SUBJECT THAT MATTER...


       ITS'S ALL ABOUT TEACHING THE CHILD :')




Semoga kita sebagai pendidik mahupun bakal pendidik, InshaaAllah lebih bermotivasi dan ikhlas dalam mengajar :')



Yup, orang akan pandang jadi cikgu tu senang.. oh yeah? 

cuba awak jadi cikgu n prove it . would u?

Wednesday, January 30, 2013

Ke hadapan mak & bapak ;')

Assalammualaikum

Selamat pagi 
Jam menunjukkan 6.26 pagi 
Selamat menunaikan solat subuh kawan2 

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah masih lagi bernafas pada pagi Rabu bersamaan 18 RabiulAwal 1434H.
Bersyukur pada Allah Yang Maha Esa.

******************************************************************

Dah lama rasanya tak update blog.
Banyak cerita sebenarnya untuk dikongsi ,
 tapi bila fikir balik
kadang-kadang tak semua perkara boleh dikongsi , kan ?

Pagi ini mata terbuka tepat jam 4.30 pagi
Pelik, lazimnya cuti-cuti ni aku liat sikit bangun
Bangun-bangun terus tengok gi dapur
Eh mak dah bangun?
Kata aku dalam hati

Setengah jam kemudian, iaitu pukul 5 pagi
bapak pula bangun 

mak bapak bangun awal demi sesuap rezeki
setiap hari mak bapak akan keluar bekerja seawal pagi
mak akan keluar rumah pukul 6.30pagi
dan bapak tepat jam 5.55pagi dah keluar
bapak mmg seorang yg tepat masanya ;')
*walaupun aku menyuruhnya untuk pergi lambat 

Sabtu ini iatu 2hb Februari 2013
aku akan pulang semula ke UUM utk MPP 
eh ayat mcm skema --'

tapi bukan tu yg ingin aku tegaskan

entah kenapa kali ini berat hati nak tinggalkan mereka
bukan macam sebelum ini
Ya Allah , apakah maksud kerisuan ni? :(

Risau..
Risau tinggalkan mereka
Risau tak sempat balas budi mereka
Risau kalau apa-apa yang terjadi

Dalam dunia ni
tak da orag lain lagi yang sanggup susah untuk kesenangan kita selain..
IBU BAPA kita sendiri

bukan nak cerita kesusahan keluarga
tapi apa yg mengharukan hati ni
bila mak bapak sanggup belikan aku laptop baru dalam keadaan tgh tak de duit ni
mak siap nak belikan aku cadar baru untuk dibawa ke pulang UUM
tapi mak, cukup.
Maya tahu mak dah tak de duit

mereka tak pernah kecewakan aku

Mereka akan cakap
"Mak ada duit , Ya.. Bapak ada duit, Ya"
*Ya adlh panggilan nama aku

Mak tipu.. Bapak tipu ;(

Jika ketika di semester 1 dahulu azam aku adalah untuk mendapatkan 1st class result dan mendapatkan biasiswa dari KPM ,

tu sebenarnya faktor kuat dari mak bapak
Aku nekad tak nak bayar PTPTN sebelum aku masuk UUM lagi
Alhamdulillah, di semester 2, aku berjaya mendapat biasiswa.

Dan azam aku untuk semester 4 kali ni,

aku akan pastikan result aku 1st class setiap semester

Kawan-kawan,

hanya melalui pendidikan kita dapat tolong keluarga kita
Bagi mereka yang dilahirkan dalam golongan berada, Alhamdulillah :)
Bagi mereka yang kurang berada dan sering dipandang rendah oleh masyarakat,
hey jangan sedih.
Sekurang-kurannya kita diajar untuk susah .
Kita dididik bukan senang untuk mendapatkan apa yang kita nak.
Kita dididik setiap kejayaan pasti ada usaha.



Jadi anak jangan sampai tak kenang budi mak bapak

Jangan bila kita tua nanti kita hantar mak bapak kita ke rumah orang-orang tua
Tak perlu malu kalau mak bapak kita tak kaya
Malulah dengan diri sendiri sebab kita tak mengubah keadaan tu

Wasalam :)


p/s : cuba kawan-kawan renung kembali apa yang kita pernah lakukan untuk kedua orang kita? ;(

Sunday, September 25, 2011

Couple tu tak best.

Assalammualaikum.

Yerrr. couple tu tak best.
sebab, kita sakit hati menunggu.
last-last kita kena tinggalkan.

couple tu tak best lagi.
sebab, bila da lama-lama couple.
aku da bosan la dengan kau.
aku nak cari baru.

couple tu lagi la tak best.
sebab, awal-awal je terasa manis nya.
da last-last baru terasa pahit.

TAPI,

couple tu best bila.
kita saling menepati janji.
saling setia antara satu sama lain
dan saling bertolak ansur.

couple tu best lagi.
bila, kita couple.
hubungan tu da cecah 3 tahun.
tak bosan-bosan.
tak bosan mesej dan call dengan orang yang sama setiap hari.
kalau boleh hari-hari nak melekat dengan dia.

couple tu lagiii besstt kalah myvi baru tu.
bila, kita couple.
dia la orang yang dijodohkan dengan kita.
kita dapat bersama dengan si dia susah dan senang.

Saturday, September 24, 2011

Rindu aku tak?

Assalammualaikum and good morning.

Tak payah nak rindu sangat la kan.
Aku bukan la Maya.
siapa aku itu tak penting.
I'm just the other half of her.
hehe.

Apa yang penting adalah apa yang aku nak sampaikan.
mungkin lebih kepada merepek yang ntah papa.

Kepada Wanita sekalian.
Jadilah seperti Epal yang tumbuh di atas pokok yang tinggi.
Kerana mereka yang berada di atas tu sukar dicapai.
Dan hanya layak bagi mereka yang berusaha untuk mendapatkannya.

Epal yang telah jatuh ke tanah pula,
takda siapa yang mempedulikannya.
kerana masih ada yang Epal yang cantik berada di atas pokok.
Janganlah sesekali melepaskan dahan untuk senang dicapai dan dimakan.

Be the Girls that every man wants, not the girls that ever man needs.

Sekian.

Friday, July 22, 2011

Terharu :")

Assalammualaikum :)
new post lagi! hihi..
bukan ak ckp ak tak active blog ke?
poy0ooo je kn ak.. ah, shut up! ^^
lalallalala lalalala~
bia ah !
(=^___________^=)


**************************** *****************************

nk cite psl sum1 so special !
nop! not bf, but more than a bf, i guess..
haha, bf pon tak mcm ni tau ! :)

lalalallalalala~
ramai gak yg kata kteorg ni ade ape2...
haha..
wei
korang..
kalo la betol ak ade hub ngn dia,
tak dela ak letak dia sbgai 'scandal'.. =p
ak tau hati dia..
tgh menantikan seseorg yg sgt dia syg..
utk itu, ak doak
an kebahagiaan dia
^_^

yes, dia yg ak maksudkan adlh..
MOHD IZZAR ! :)

n pagi td..
bila ak bgon tido..
bukak fb.. baca inbox fb ak..
so terharuuu!!

sila click kt pic kalo nk dia MEMBESAR!



zar.. ak pon sayang sgt ngn ko :)

p/s : ak tak pernah mnyesal dpt knl ko ^^


Tuesday, July 19, 2011

Alhamdulillah :')


Assalammualaikum ^^
rasa dah lama ak tak update blog ak..
da b'sarang labah2 dah kot ?
huhu..

Maaf ye sume..
kalo Mya tak reply chat2 korang kt shoutbox tu..
Maaf :')
Mya skang da tak
aktive blog yew..
lalalalalalalalaa..


*************************************************************************

Alhamdulillah..
itu je yg mampu Mya ckp skang ..
rasa b'syukur sgt ^^


Mcm mne ek Mya nk describe prasaan Mya skang ?
t'lalu bsyukur atas nikmat ni..
seolah2 diberi peluang ke-2 selepas jatuh tsungkur..


jatuh tsungkur ..
dsebabkan ak tak mcapai pointer 3.00 utk STPM..
sedangkan trial ak dpt 3.5..
mayb salah ak..
sbb terlalu yakin akn dpt 3.00++ utk STPM..
ape org ckp ?
bangga dri.. :")


n bila tarikh result STPM dikeluarkan..
ak check..
kecewanya ..
tak de pon A..
yg ade B...


Buat kali pertamanya,
result ak tak mcecah 3.00! :(


mmg susah ak nk terima hakikat <--- ceh poyo! haha
nk menangis brdarah pon tak gune masa tu.
masa depan ak gelap!
ak tak leh masuk U!
MAK.. CIKGU,
maafkan Maya..


itu la yg ak fikir ..
terasa sungguh bodoh dri ini..
mngecewakan sume org..


pergh!! mmg sedih giler
ak masa tu..
kalah putus cinta okk. ! haha.


walaubagaimanapon,
tarikh 15/7 ak rsa happy sgt!
rasa cam nk jerit !
^^


TERIMA KASIH YA ALLAH
(=^___________^=)


Alhamdulillah..
impian ak nk masuk
U tcapai..
terutama d univrsiti idaman ak..


UUM!!
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


dlm bidang..
BACHELOR EDUCATIONS with HONS (IT)..


*ok sbnrnye ak tak apply pon IT ni..
ak apply edu SEJ..
tp dpt edu IT..
tak pela..
study dlu ah! ^^


n paling sweet skali..
kwn2 Nurmieyana pon dpt U jugak..
walau kte bpisah..
tp impian kte b'empat nk jejak
kaki ke U tcapai..


TAHNIAH

NURRUL HUDA
-USM-

NUR AMIRATUL JANNAH
-UIAM-

RATNAWATI
-UNIMAS-


Tahniah korang!
bangga ngn korang :)


n bg sape2 yg 'belom' dpt..
plez..
ak mohon sgt..
plez jgn give up ek..
plez.. JANGAN..
wat rayuan ek...
ak tunggu korang kt U ek...
Insya'Allah..
ade rezeki kat rayuan ^^


di kesempatan ni..
ak..
SITI NURMAYA
nk m'ucapkan
jutaan terima kasih
yg sgt2..
utk cikgu2 form2 6


PUAN KOWSALYAH KANNAN
selaku guru kelas n pngajian pniagaan..

*Eiyda : Ketua Kelas :)
pn kowsalyan !
dia ni mama kteorg! ;p
mmg hot mcm artis bollywood...
hot siutt!!
suke time presentation pp..
dia tak pandai marah kteorg..
dlm kata lain, dia mmg tak tau nk marah..
so, ak tak prnh kena marah ngn dia..
best2.. ;p


PUAN SUMAIAH AHMAD
selaku guru sejarah
* cikgu ni da ajar ak sejarah since ak form 4
pergh, bg sape2 yg tak kenal dia, mmg ingt dia garang r..
tp sbrnye dia ni manja.. hihi.. ;p
n sbb dia gak r, ak minat sejarah.
yg paling sweet bila birthday thun lepas (26/7),
dia belikan ak kek ! waaaa...
dia peluk ak! hihi
(=^_____^=)


PUAN HAZLINA AZURA
selaku guru MUET utk listening & reading
*Cantik tau tcher ni..
da la cantik, tinggi lak tu..
pergh, mmg cam model la ak ckp ! :)
n tcher ni gak la GURU KOLOKIUM utk group kteorg..
sbb tcher gak la, kteorg menang JOHAN dlm prtandingn kolokium ^^
thanks a lot..
sayang tcher!! ^^


PUAN ZARINA WATI
selaku guru MUET utk speaking n writing ..
*haha. tcher ni mmg kelakar r..
time speaking paling best..
mmg dia akn cite bnda2 best..
kdg2 dia smpai lupa yg kteorg kna speaking..
wakakaka.
lalallaa.. syg tcher !! :)
sejarah


PUAN NORIANI & ENCIK RAVI
selaku guru pengajian am
*cikgu nani !
dia mmg sporting abis r !
mmg ckp main lepas jew..
tak de insurans mulut dia ni..
wkaka. tp ak tau kata2 dia mmg ikhlas ..
n jujur.. tak de selindung2..
jiwa remaja ckgu ni.. :)


PUAN HASLINA
selaku guru ekonomi..

maaf utk ckgu Ravi n ckgu Haslina..
tak de pic ckgu2..
sbb ckgu2 tak de fb
tak leh celok pic ckgu2..
hihi..


last but not least,

hnye ni je Mya mampu hadiahkan utk cikgu2.. ^^
hope lepas ni tak de lagi insan2 yg memandang hina pd form 6..



Friday, April 15, 2011

SuPrise BirThdaY HudA Nurmieyana (=^_^=)

Assalammualaikum

Slamat ari jumaat kwn2 :)
alahai, da lama tak update blog..
da bape minggu ek?
da b'habuk da blog ni..
sorry eak!
nnt kte balas sume kunjungan korang
Thanks !
(=^_^=)

Entry kali ni TERsangat la PANJANG..
*nk kena bagi warning awal2 kt korang..
takut ada yg bosan m'baca..
bg ssiape yg takut bosan tu..
tak payah baca la..
x memaksa :)

SPECIALLY FOR NURMIEYANA
*****************************************************

yg pasti tarikh 9/4/2011 sgt la manis..
kn Ratna? Amie? Huda? :)

oh ye.. sbelum tu..
pd tarikh yg sama..
kwn ak yg paling comel da selamat naik umor 20!
(haha! ayat x leh bla)
utk ALINA BINTI FAUZI..

Happy Belated Birthday ek sweetheart..
sorry ek syg..
masa birthday ko 9/4, kteorg tak de..
tp ko tau kn?
yg kteorg SAYANG ko sgt2..
x pe.. t ko cuti smester kte hang out sama2 k ..
mmuahhhhhhhh!

*************************************************************
(=^_^=)

Selain tu..
pd tarikh 9/4/2011 kteorg sume ..
*sister Nurmieyana
ade ujian Munsyi utk masuk USM kt SMK Gombak Setia..
hihi
nk tau x ?
sbnrnye kteorg tak tau pon SMK Gombak Setia kt mane..
harapkan bpk ak je r yg hantar..
nasib baik ade bapak.. :)
kalo tak, naik bas ntah sampai ke mana la~
Hoho..
*sorry tak ade pic bpk ^^

Ujian tu start kul 10 sbnrnye..
tp kteorg TERsmpai awal sgt..
kul 8 kteorg da smpai..
hihi..
bukan sbb semagat sgt, tp sbb bpk ak nk g keje terus lps hntr kteorg..
so, ape lagi kteorg pon dok jalan2 kt sna..
ape peribahasa tu?
*bagaikan rusa masuk kampung ek?
haaa.. itula kteorg! hahaha..

jalan dan jalan..
tgn ku TERtekan utk amik gmbr~
hahah!

mereka d depan..
sy?
ak kt belakang ngn Amie la~
HAHAHA

masa ni Amie tgh muntah..
ak leh lak amik gmbr diaorg..
*ampun Amie !
terasa dri ni jahat ~hihi


tmpt pertama kteorg survey
TANDAS STESEN MINYAK !
haha..
alahai. sweetnye korang ^^

sweet senyuman Ratna..:)
sila abaikan mata ak yg sepet~

sgt2 spoil la..
kasut diaprg punyela sweet..
ak je~ kaki lipan =P

yayaya~
ak ni ! hihi

p/s : kalo ade peluang amik gmbr, amik je, jgn sia2 kan~ Hahaha
apakah?

seterusnye
kteorg g mkn nasi lemak!
tp sbnrnye nk mkn roti canai..
eh, bnda ni pon nk kna cite ke?
haha~ tak yah la..
tp yg pasti..
*nasi dia sikit je ooo
da la mahal~
cekik darah siutttt.
lalalalalalala~

jam tepat kul 10!
Hek ko..
lps agak2 kenyang tu..
kteorg blah r..
g SMK Gombak Setia !
waaaa..

da abis jawab ujian kul 11!
perghh! soalan dia....... SUSAH!
haha.
soalan tu ke? ak rasa cam bukan ujian ..
kalo la STPM senang cam tu.. :)

lps jawab..
amik pic slip jap! hihi

slip Ratna :)

slip ak bha =P

slip Huda.. :)

tuitt ! 3 jew?
mana lagi 1slip?
naa.. tu kna Amie..
ade ke dia bagi Pengawas Peperiksaan ?
anduk bha cian.. =P
*YEW, aku mmg jahat skit dgn Amie. haha!

then..
nk balik tu..
cadang nk balik naik bas....
*tuit, tau ke jalan balik? HAHA.
tp alangkah gembiranye bila Vishnu
(kwn masa lower 6 tp da pindah sek n amik Munsyi )
tolong hantarkan kteorg..
mula2 ak ingtkn dia nk hantar smpai balik..
tp rupanye smpai station bus je..
haha!
x dela, gurau2 je.
THANKS VISHNU.
p/s : dia lelaki ok. cute gak. single !! =P
lupa nk amik pic dia..

smpai la kt station bus.
masa tu emas beb!
amik pic lagi ah!
hihi~
Ratna..
cantik kn?
clear abis muka dia..
x de jerawat lgsung! :)

************************************************************************
walawei ~
ak nk cite psl SUPRISE BIRTHDAY HUDA sbenarnye..
tp TERcite DETAIL sgt..
dr A smpai Z ak cite
haha~
x pela..
alang2, cite suma ah.. ;)
sweet kot.. x sanggup nk lupakan even 1 pon..
(=^_^=)
tuiit* lupa nk gtau
birhday Huda yg sbenar : 28 Mac ^^

siapa sbenarnye yg plan suprise birthday Huda ni?
ok* sbnrnye kteorg 3 org yg plan..
tp x dpt dinafikan peranan Ratnawati yg paling penting kat cni..
(tgok Ratna.. ak sebut nma penuh ko. =P)
coz Ratna handle bahgian cake & tempat..
ak n Amie juz handle Huda jew..

hmm..
Huda & McD x dpt dipisahkan~ hihi
so, pd awalnye kteorg plan nk wat suprise kt McD..
tapi..

Ratna : kak, nk tnye. kalo nk tempah 1 meja je kt dlm bilik 2 (birthday party) tu blh ?
Kakak McD : Bape org & bila 2 ?
Ratna : 4 org.. ari ahad 10/4
Kakak McD : kteorg sbnrnye utamakn ssiapa yg tempah min 20 org, lagipun stiap ari ahad, mmg dah de org tempa..
Ratna : oo. x pela. (hampa!!)

aduh ! 1st plan da gagal.
so, McD cancel.
ganti dgn KFC.
x pe kn Huda ?

next psl cake.
ni mmg mslh besar r..
even sbb cake, nama Ratnawati da blacklist kt Kings :(
knpe?

sbnrnye..
plan nk suprised kn birthday Huda ni kteorg plan nk wat ari ahad 10/4..
dgn alasan nk beli hadiah prkahwinan *Eiyah..
tp since ari sabtu ade (9/4) Munsyi..
so Huda ckp alang2 kuar beli hadiah Eiyah skali..
so,kteorg dah tak de alasan nk bg ape kt Huda utk kuar ari ahad..
tak de pilihan, 9/4 gak ah..

sbnrnye LAGI !
kteorg dah pilih kek melalui on9..
so, Ratna da g Kings utk tempah kek tu n ambik pd 10/4..
tp since tarikh da tukar, plan terpaksa dtukar..

ak soh Ratna call Kings utk tukar tarikh..
tetap nak amik 9/4 gak..
coz pada ak, logik what..
nk amik awal sehari..
plus, kteorg gtau ari khamis..
bukan ari jumaat..
tak mendadak kot..

Ratna pon call la Kings
Ratna : kak, sy de tempah kek tp sy nak ambil awal blh x?
Kakak Kings : tak boleh r..

*pergh. Ratna da muncung gila time ni. hnye kteorg yg mngenali Ratna je tau cm mne kalo Ratna muncung. bahaya  beb!!
HAHAHHA.. oops

sbrnye LAGI !
wktu Ratna call tu..
Ratna kat office..
Ratna 1 office dgn Amie..
Ak kt tmpt lain..
so, sepanjang 1 minggu sbelum ari kjadian..
ak slalu guna *telefon office utk contact dgn diaorg~
hahaha!
*guna harta syarikat bebbbbbbb
nnt kalo bil telefon smpai kat bos, mati ak !

continue......
so lps Ratna call Kings tu..
dia gtau ak..
so ak dgn selamba nye
"cancel jela kek tu kalo tak blh tukar ari"

Ratna agak bad mood ari tu.. (khamis)
so, Amie offer kan dri utk settle kn hal cake2 ni..
tp dsebabkan Ratna x nk mengalah..
so Ratna call HQ Kings balik..

Ratna : sy nk ambik tempahan kek sy awal ! (dgn mood geram)
HQ : Miss da cuba call supervisor branch ***** tnye?
Ratna : da. dia ckp kek buat kat kilang. (geram giler)
HQ : ok cam ni Miss. Miss hold dlu, sy bincang dgn supervisor 2 then sy suruh dia call miss balik..

beberapa min kmudian..
supervisor 2 call dgn mood marah tnye
"kul bape nak amik?!!"

Gila ah. relax ah kak..
>_<

so, al kisahnye Ratna jawab la kat akak tu kul 3 dia nak amik..
sedangkan kteorg sampai kat Rawang dari ujian Munsyi baru kul 12.30..
so, kna hold Huda smpai kul 3.00!
pergh. byk alasan ak bagi kt Huda smpai ak hampir TERkantoi~
hampir ke? rasanye da kantoi kot. juz Huda wat dunno je. haha.
damn, ak mmg tak reti b'lakon
-_______-"

so..
smentara menunggu kul 3~
kteorg lepaking kat Parkson + Popular~
lepaking je. x beli ape2 pon!
haha~
kononnye nk beli hadiah Eiyah, tp yg ak tgok byk amik pic jew.. =P

letih menaip tapi tak abis2 gak!
rehat tgok pic dulu ah :)

Huda & Amie ^^

(=^_^=)

ya, kteorg da b'kwn since 9 thun :)

naa..
perasan tak?
ak bwk 2 beg?
1 hand bag~ 1 lagi beg hitam~
dlm beg htm la hadiah Huda sbnrnye..
tp ak kelentong dia ak bwk laptop!
hahaha!
mati2 dia pcaye ~
hebattt~ i like!

nextttttttttttt~
kteorg g Bntang..
eh silap.. da tukar.. kteorg g Giant ..
kt cni de amik gmbr tak ek?
eh.. ade2..
confirm upload!


diaorg sbnrnye nk promote cekak yg ak baru beli tu~
tu cekak ak tu ! =P

at last !
da kul 2.20..
so ak da bau 'KFC'
ak da bau 'cake'
waaaa. lapar2~
tak sabar nk tgok reaksi Huda bila kena suprised. hihi!

kan Ratna handle bhagian cake kan?
so dia blah r drpd kteorg..
tp dia tak tau nk bg alasan ape kt Huda..
kebetulan lak..
masa tu *kawan* Ratna hntr msg..
Ratna ni siutt r..
pandai lak dia wat2 msg tu sbgai panggilan..
tp Ratna da main mata2 dgn ak..
so, ak fhm r dia tipu jew..
haha~
Ratna bg alasan kt Huda mak dia call nk jumpe..
Huda pcaye siuttttttt! haha..
x leh bla la ko Hudaaaaaaaaaaaaa~
dlm hati Ratna
"bye2 Huda. ak nk g amik kek dlu"
hihi

smentara Ratna handle kek..
ak n Amie handle Huda..
so, kteorg pon g la kedai ape ntah nama dia
yg pasti jual alatan dapur~
nk belikan hadiah utk Eiyah kahwin :)

dah pilih..
soh juru kaunter tu balut..
lambat betol..
yg kcian tu Ratna r..
ak rasa..
dr kul 2.20 smpai kul 2.45 dia dok tunggu kteorg smpai kt KFC..
nk bg suprise punye pasal.. Ratna sembunyi kt area2 dpn tandas sambil bwk kek..
walawei.. mmg ramai la org pdg Ratna~
kalo ak pon,ape ke jadah minah ni dok bwk kek tunggu dkt2 tndas kn?
cian ko Ratna..
u r so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeet! ^^

tp smentra tu Ratna sempat msg..
jgn lupa mancis!
naaa..
ni yg tak leh tahan ni..
ak rasa cam ak ni pcncuri..
ak beli mancis senyap2 sedangkan masa tu Huda kat sebelah..
 tapi Huda nmpk..
so, ak kelentong dia
"Huda! tengok tu!"
cepat2 ak masukkn mancis dlm pocket jeans ..
*serius, mcm pencuri~
tp ak da bayarrrrrrrrr okkkkk!

*******************************************************************

DONE!!
on d way g KFC !
cepat2..
Ratna da tunggu...~

kt KFC pon masalah gak..
time nk order tu tak tau nk order ape..
haha~
tak pe ah..
ringkaskan cite..
kteorgg da order KFC..
Amie n Huda da dok kt meja..
so, slow2 ak g kt Ratna yg d dkt2 tndas..
then, Ratna d'ikuti ak bwk kek menuju ke meja tmpt kteorg duduk n nyanyi Happy Birthday~

p/s : ramai org pdg masa kteorg bwk kek n nyanyi.
hello! ade ak kisah? birthday kwn ak! suke ati la ak nk wat pe.
plus, ak bayar ok mkn kt KFC ni!
mind ur own business la~

continue.......
waa..
bahagianye kteorg bila tgok Huda t'senyum..
comelnye dia :)
to Huda..
kteorg tau ko da nk menangis kn sbnrnye..
tp ko cover.. :)

okla..
letih da menaip..
skang biar gambar yg b'kata2..
yg pasti ..
ak nk ckp..
Huda..
susah tol kteoerg nk plan suprise birhday ni..
kteorg rasa puas sgt bila tengok ko t'senyum n suke hadiah kteorg..
t'utama frame Nurmieyana tu ^^


happnye dia ^^

Happy Belated Birthday Huda :)

Nurrul Huda (=^_^=)

diaorg dua org mmg sweet ! ^^

sedap kek ni~
tp dsebabkn kteorg da kenyang mkn KFC (KFC pon tak abis)
so, kek ni kteorg smbung mkn pd keesokan arinye kt rmh ak =P

comel kan!! auwwww.
frame tu ak yg plih.
pic tu Amie n Ratna yg pilih :)

ko istimewa wat kteorg, Huda :)


haha! bayangkan dia nk bwk balik sume hadiah tu balik rmh~

Amie..
cantik kan ^_^

Ratna tgh cite psl kesusahan dia wat suprised utk Huda =P

ak bha =P

2 org kwn yg ak syg sgt (=^_^=)

2 org kwn yg ak syg sgt (=^_^=)


ak sayang ko Huda ^^

lalalalalala... (=^_^=)

*tulisan ak tu :)

last but not least..
abg KFC...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tuitt! korang! birthday ak?? 26 July ye . hihi~